DERMA HAIWAN

Sedekah Merupakan Amal Jariah (Amalan Yang Berterusan) Yang Dituntut Kerana Pahalanya Terus Mengalir Walaupun Kita Sudah Meninggal Dunia
PERNAH KITA TERFIKIR APA NASIB MEREKA DILUAR SANA?
|
| |
|
|






BANTUAN HAIWAN PRIHATIN.
- Ditubuhkan pada 1 April 2020 di Jerteh, Besut, Terengganu.
- Bertujuan untuk membela nasib haiwan-haiwan terbiar di luar sana dari segi memberi Makan, Merawat dan Lain-lain.
- Menjalankan aktiviti kesukarelawanan di bandar-bandar yang terdapat banyak haiwan terbiar.
- Akan datang, akan membina satu tempat khusus sebagai Pusat Perlindungan Haiwan Terbiar.

Alhamdulillah, aktiviti ini telah berjaya dijalankan semenjak bulan April yang lalu sehingga kini, namun oleh kerana kekurangan dana aktiviti ini terpaksa dihentikan. Ekoran masalah ekonomi Negara rentetan virus COVID-19, ia bukan sahaja memberi kesan kepada manusia, malahan haiwan terbiar/ jalanan seperti anjing dan kucing turut terkesan.

Perkara ini dapat dilihat apabila terdapat banyak kucing dan anjing jalanan mati kelaparan. Haiwan ini bergantung 90% makanan daripada manusia selain memburu makanan sendiri. Apabila PKP dijalankan, haiwan ini kehilangan punca makanan dan seterusnya mati kelaparan.

Kami mengambil inisiatif ini untuk turun ke padang dan membantu memberi bantuan makanan, ubat-ubatan dan kos rawatan bagi yang memerlukan. Selain membantu anda mengumpul saham akhirat yang berpanjangan.
Kami mengucapkan terima kasih dan mendoakan agar kehidupan tuan puan dilimpahkan dengan rezeki yang berkat dan sentiasa berada dalam kesihatan yang baik. Amin.

Pihak kami sedang mengumpul dana bagi pembiayaan
- Makanan
- Ubat-ubatan
- Kos rawatan
yang bakal digunakan oleh sukarelawan untuk disalurkan kepada haiwan terbiar seperti anjing dan kucing jalanan.
Pihak tuan/puan boleh berhubung dengan pihak kami untuk mengetahui keperluan semasa untuk meneruskan aktiviti ini.
Oleh itu, pihak kami membuka peluang pahala amal jariah buat saudara saudari semua untuk sama-sama mengumpul saham akhirat bersama-sama.

Anggaran keseluruhan perbelanjaan adalah sebanyak RM50,000.00 yang meliputi makanan, kos ubat-ubatan dan kos rawatan kucing/anjing terbiar.
Jika berkesempatan, kami, Pertubuhan Bantuan Haiwan Prihatin juga ingin membuka peluang untuk menjadi sukarelawan dari pelbagai negeri. Namun kerana kekurangan dana, misi ini hanya dapat dijalankan di beberapa kawasan sahaja..

Terdapat 6 orang sukarelawan sedia ada di kawasan Kelantan dan Terengganu.
*Kami juga memerlukan 20 orang sukarelawan di sekitar Besut & Jerteh Terengganu untuk memberi makanan kepada kucing/anjing jalanan dan memberi rawatan kepada mereka menggunakan dana yang diperoleh.
*Selebihnya akan digunakan bagi membiayai kos bayaran sukarelawan di seluruh Malaysia.











Aktiviti ini telah dijalankan oleh sukarelawan di sekitar negeri Terengganu & Kelantan.


Untuk memudahkan saudara/saudari menghulurkan bantuan, pihak kami telah menyusun mengikut pakej seperti di bawah:
+
Sumbangan Penubuhan Pusat Perlindungan Haiwan - Rm100
+
Sumbangan Makanan & Rawatan Haiwan - RM50
+
Sumbangan Seikhlas Hati - RM10

Semoga segala keprihatinan, perhatian dan sumbangan ikhlas tuan/puan ALLAH berkatinya dan membalasnya dengan sebesar-besar ganjaran, diberkati rezeki dan umur dengan keberkatan sedekah jariah ini
Penafian:
1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada
BANTUAN HAIWAN PRIHATIN.
Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.
3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi :
0107680079
(Bantuan Haiwan Prihatin)



